VISI, MISI, OBJEKTIF DAN FUNGSI
Visi
- – Peneraju Pembangunan Nelayan dan Industri Perikanan Negara.
Misi
- – Membentuk masyarakat nelayan maju, berdikari dan progresif.
- – Meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan ikan negara mencukupi serta memenuhi piawaian.
- – Menyediakan kemudahan infrastuktur perikanan moden dan bersepadu.
- – Melahirkan modal insan yang kompeten
Objektif
- – Memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan.
- – Memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara.
Fungsi-Fungsi LKIM
- – Menggalak & memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai perusahaan dan pemasaran ikan.
- – Mengadakan dan menyelia kemudahan-kemudahan kredit bagi pengeluaran ikan dan memastikan bahawa kemudahan-kemudahan ini digunakan sepenuhnya.
- – Mengambil bahagian dalam perusahaan-perusahaan perikanan dan bagi maksud itu mengambil bahagian dalam pembinaan bot dan pengeluaran bekalan dan kelengkapan ikan.
- – Menggalak, menggiat, memudah dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial Persatuan-Persatuan Nelayan.
- – Mendaftar, mengawal dan menyelia Persatuan-Persatuan Nelayan dan mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengannya.