Profil
- Butiran
- Capaian: 80
- Butiran
- Capaian: 31
VISI, MISI, OBJEKTIF DAN FUNGSI
Visi
- – Peneraju Pembangunan Nelayan dan Industri Perikanan Negara.
Misi
- – Membentuk masyarakat nelayan maju, berdikari dan progresif.
- – Meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan ikan negara mencukupi serta memenuhi piawaian.
- – Menyediakan kemudahan infrastuktur perikanan moden dan bersepadu.
- – Melahirkan modal insan yang kompeten
Objektif
- – Memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan.
- – Memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara.
Fungsi-Fungsi LKIM
- – Menggalak & memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai perusahaan dan pemasaran ikan.
- – Mengadakan dan menyelia kemudahan-kemudahan kredit bagi pengeluaran ikan dan memastikan bahawa kemudahan-kemudahan ini digunakan sepenuhnya.
- – Mengambil bahagian dalam perusahaan-perusahaan perikanan dan bagi maksud itu mengambil bahagian dalam pembinaan bot dan pengeluaran bekalan dan kelengkapan ikan.
- – Menggalak, menggiat, memudah dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial Persatuan-Persatuan Nelayan.
- – Mendaftar, mengawal dan menyelia Persatuan-Persatuan Nelayan dan mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengannya.
- Butiran
- Capaian: 42
PIAGAM PELANGGAN LKIM
Komitmen LKIM untuk memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan memberi kepuasan kepada pelanggan LKIM seperti berikut :
1. Memberikan keputusan pendaftar ke atas permohonan projek ekonomi, kategori keahlian dan cadangan pindaan Perlembagaan Persatuan Nelayan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap.
2. Memastikan semua tuntutan dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dengan syarat dokumen-dokumen sokongan lengkap.
3. Memberikan keputusan permohonan lessen berniaga ikan LKIM dalam tempoh :
– Kurang dari 14 hari bekerja bagi permohonan baru
– Satu (1) jam untuk permohonan pembaharuan dengan syarat semua maklumat atau dokumen yang dikehendaki lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
4. Memberi maklum balas dalam masa :
– Satu (1) hari bekerja untuk aduan media
– Tujuh (7) hari bekerja untuk aduan awam
– 14 hari bekerja untuk surat rasmi.
5. Mengemukakan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan yang telah di audit ke Kementerian Pertanian Dan Industri AsasTani sebelum 30 September.
6. Membuat bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan melalui akaun bank nelayan pada 15 haribulan setiap bulan atau pada hari bekerja yang berikutnya sekiranya 15 hari bulan jatuh pada hari tidak bekerja.
7. Memberikan keputusan ke atas permohonan e-petrol dan e-diesel yang diterima daripada PNK kepada LKIM Negeri dalam tempoh tujuh (7) hari.
8. Mengeluarkan ulasan Pendaftar ke atas Penyata Kewangan Teraudit Persatuan Nelayan(PN) dalam masa 20 hari bekerja.
Pencapaian Piagam Pelanggan bagi tahun 2020
* Pencapaian Piagam Pelanggan LKIM dikemaskini 3 bulan sekali (Quarterly)1
- Butiran
- Capaian: 23

– Logo LKIM melambangkan identiti satu pertubuhan yang terlibat secara langsung dengan perusahaan perikanan.
– Bentuk kepala panah menggambarkan usaha positif ke arah memajukan perusahaan perikanan dan meninggikan taraf hidup nelayan dengan penekanan kepada aktiviti menangkap ikan.
– Warna biru adalah warna laut dan perusahaan perikanan.
– Bulatan yang melingkungi kepala panah, ikan dan jaring menggambarkan penyatuan tenaga dalam usaha membangun sektor perikanan
- Butiran
- Capaian: 22
1. Peningkatan pendaratan ikan di Kompleks/Pelabuhan LKIM setiap tahun.
2. Menaiktaraf Kompleks/Pelabuhan LKIM bagi mengoptimumkan pengoperasian.
3. Mempertingkatkan pusat/outlet pemasaran ikan bagi melancarkan pemasaran ikan seluruh negara.
4. Memperkukuhkan Projek Akuakultur Persatuan Nelayan sebagai sumber ikan tambahan selain tangkapan ikan.
5. Memperluaskan ketersediaan Stok Simpanan Ikan.
6. Memperbaiki kedudukan sosioekonomi nelayan dengan pelbagai program dan bantuan.
7. Pemeriksaan ekonomi Persatuan Nelayan berteraskan pembangunan berkluster.
- Butiran
- Capaian: 27
AKTA
Polisi & Pekeliling
- Penangguhan Penguatkuasaan Pelaksanaan Dasar Berkursus Tujuh Hari Setahun Bagi Anggota Perkhidmatan Awam
- PB 3.3 : Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan
Akta
- Akta 49 - Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 (Cetakan Semula 2013)
- Akta 605 - Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
- Akta 44 - Akta Persatuan Nelayan 1971
Kaedah-Kaedah
- Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010
- Kaedah-Kaedah Pemasaran Ikan 2010 (Cetakan Semula 2014)
Peraturan-Peraturan
- Butiran
- Capaian: 83
Menteri dan Timbalan Menteri

YB DATUK SERI HAJI MOHAMAD BIN SABU
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
03-8870 1001

YB DATUK ARTHUR JOSEPH KURUP
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
03-8870 1012