Pembangunan Infrastruktur
- Butiran
- Capaian: 28
Kompleks / Labuhan Perikanan LKIM
Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM dibangunkan bagi memastikan hasil tangkapan ikan dapat didaratkan dengan lebih sistematik dan bersepadu dengan penggunaan sistem pengendalian yang lengkap dan moden. Terdapat 48 buah Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM yang sedang beroperasi sepertimana gambarajah di bawah.
Antara komponen yang terdapat di dalam Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM adalah seperti berikut:
- Dermaga
- Pangkalan
- Limbungan
- Kawasan Pemprosesan Ikan
- Pusat Pemeriksaan Ikan
- Jeti Atau Tempat Mendarat
- Pasar Borong Ikan
- Pasar Runcit Ikan
- Dewan Lelong
- Tempat Pembaikan (Slipway)
- Loji Membekal Bahan Api Atau Air Batu
Walaubagaimanapun, kemudahan tersebut bergantung kepada keperluan semasa di lokaliti tersebut.
Taburan Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM di seluruh Malaysia
Senarai Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM mengikut negeri
Kompleks Perikanan LKIM Sedili
Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Manis
Pelabuhan Perikanan LKIM Chendering
Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Pelabuhan Klang
Kompleks Perikanan LKIM Kuala Kemaman
Kompleks Perikanan LKIM Tok Bali
- Butiran
- Capaian: 27
Jeti pendaratan ikan dibina bagi tujuan pendaratan hasil laut serta sebagai tempat tambatan bot. Selain itu, kawasan jeti pendaratan ikan juga turut menjadi pemangkin di kawasan sekitar bagi kegiatan ekonomi seperti jualan ikan segar dan hasil-hasil laut yang lain. Sebanyak 372 buah jeti telah dibina di seluruh Malaysia sepertimana di dalam gambarajah di bawah.
Senarai Jeti Pendaratan Ikan mengikut Negeri
Jeti LKIM Jerteh, Terengganu
Jeti Nelayan Tandiap, Perlis
Jeti Teluk Dalam, Pangkor, Perak
- Butiran
- Capaian: 22
Bahagian Infrastruktur turut menyediakan kemudahan bilik sejuk kepada pengguna di dalam Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM agar hasil tangkapan yang didaratkan dapat dikekalkan mutu dan kesegarannya. Disamping itu, kemudahan bilik sejuk juga boleh menyelesaikan masalah lambakan stok hasil laut. Sebanyak 90 unit bilik sejuk dengan kapasiti berjumlah 1,548mt telah disediakan di dalam Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM sementara bagi Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Manis (PPLTM) disediakan sebanyak 5 unit ruang bilik sejuk berkeluasan 6,030mps sepertimana gambarajah di bawah.
Bilangan dan kapasiti bilik sejuk di dalam Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM
- Butiran
- Capaian: 27
Pada tahun 2013, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ditubuhkan dan telah mengambil alih beberapa tugas-tugas yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebelum itu. Tugas utama MAQIS ialah memberi perkhidmatan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua pintu masuk yang diwartakan. MAQIS berperanan memastikan barangan pertanian (tumbuhan, daging dan ikan) yang dibawa masuk ke Malaysia bebas daripada penyakit dan perosak selain selamat dimakan pengguna.
MAQIS menjaga 57 pintu masuk negara ini iaitu di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan kecuali Sabah dan Sarawak. Oleh itu, pintu masuk di Sabah dan Sarawak perlu diberikan perhatian yang serius bagi memastikan keselamatan makanan di Malaysia terjamin.
Justeru, LKIM sebagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengambil tanggungjawab menjalankan kerja-kerja penguatkuasa di pintu masuk yang tidak dapat dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di pintu masuk Sabah dan Sarawak.
Senarai Pusat Pemeriksaan Ikan Di Negeri Sarawak Dan Sabah
NEGERI | BIL. | PUSAT PEMERIKSAAN IKAN |
Sarawak | 1. | PPI Lapangan Terbang Kuching |
2. | PPI Senari Port | |
3. | PPI Tebedu / Entikong, Serian | |
4. | PPI Mengkalap, Lawas | |
5. | PPI Tedungan, Limbang | |
6. | PPI Pandaruan, Limbang | |
7. | PPI Lapangan Terbang Bintulu | |
8. | PPI Pelabuhan Bintulu | |
9. | PPI Lapangan Terbang Miri | |
10. | PPI Pelabuhan Miri, Baram | |
11. | PPI Lubuk Antu, Seri Aman | |
12. | PPI Pelabuhan Rajang, Sibu | |
13. | PPI Lapangan Terbang Sibu | |
14. | PPI Sungai Tujuh, Baram, Miri | |
15. | PPI LKIM Pelabuhan Tg. Manis | |
16. | PPI C.I.Q Biawak, Lundu | |
17. | PPI Merapok | |
Sabah | 1. | Lapangan Terbang Kota Kinabalu |
2. | Pelabuhan Kota Kinabalu | |
3. | Lapangan Terbang Sandakan | |
4. | Pelabuhan Sandakan | |
5. | Lapangan Terbang Tawau | |
6. | Pelabuhan Tawau |