Pemasaran Ikan
- Butiran
- Capaian: 23
Pengenalan
Program Pasar Nelayan diwujudkan sebagai saluran pasaran alternatif bagi memberi peluang kepada nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka secara terus kepada pelbagai peringkat pengguna. Selain itu, bertujuan mengurangkan tahap penglibatan orang tengah supaya nelayan memperolehi margin pulangan harga yang lebih baik dan menguntungkan serta pengguna mendapat bekalan ikan segar pada harga yang berpatutan.
Penglibatan nelayan sebagai peserta telah membantu dalam peningkatan pendapatan nelayan daripada bawah RM1,000.00 sebulan kepada melebihi RM2,000.00 sebulan. Susun atur Pasar Nelayan juga lebih teratur dan berpusat di bawah satu bumbung dengan kemudahan infrastruktur dan peralatan yang lebih baik dan selesa.
Sehingga kini, sebanyak 135 Pasar Nelayan telah dibina dengan penglibatan seramai 640 orang peserta.
Lokasi Pasar Nelayan Diseluruh Negara
Objektif
Objektif utama penubuhan Pasar Nelayan seperti berikut:
- Menggalakkan penyertaan nelayan/keluarga nelayan/PNN/PNKatau NEKMAT dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah.
- Memperluaskan ruang pasaran hasil-hasil perikanan secara bersepadu dan setempat.
- Membolehkan nelayan mendapat pulangan harga yang lebih tinggi bagi peningkatan pendapatan dan taraf hidup.
- Membolehkan pengguna mendapatkan bekalan ikan yang segar dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.
- Menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat dan kawasan setempat.
Kategori Produk
Penjualan ikan dan produk perikanan diberikan keutamaan di Pasar Nelayan namun bagi memudahkan pengunjung mendapat keperluan mereka di one-stop centre, maka jualan produk daripada hasil pertanian, ternakan dan sebagainya daripada beberapa kategori lain juga diadakan seperti berikut:
- Jualan ikan basah, kerang-kerangan dan produk proses;
- Jualan ikan hidup dan hasilan laut lain (udang, ketam, sotong);
- Jualan ikan air tawar;
- Produk pertanian dan daging; dan
- Produk Perkhidmatan Penyediaan Makanan/Kraftangan hasilan nelayan/keluarga nelayan.
Pasar Nelayan
Aktiviti Jualan Di Pasar Nelayan
- Butiran
- Capaian: 22
- Mengenal pasti usahawan perikanan marin dan air tawar yang berpotensi
- Mengenalpasti lokasi dan membangunkan infrastruktur serta logistik pemasaran;
- Memberi sokongan dan galakan kepada perniagaan pemasaran Usahawan pemasar;
- Membantu penternak kecil mendapat pasaran bagi hasil keluaran mereka;
- Skop pembinaan meliputi pembinaan baru dan peningkatan/menaiktaraf pusat pengumpulan dan pengedaran ikan mengikut SOP yang ditetapkan.
- Menjalin pasaran @ saluran pasaran antara penternak dan usahawan pemasar
- Meningkatkan penerimaan pengguna terhadap ikan air tawar yang mana bekalannya mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan.
LKIM telah mewujudkan CCDC di seluruh Malaysia bermula tahun 2011. CCDC ini dioperasikan oleh Persatuan Nelayan dan Usahawan Pemasar terpilih. CCDC ini bertujuan:
- Memberi sokongan dan galakan kepada perniagaan pemasaran Persatuan Nelayan dan Usahawan pemasar;
- Membantu penternak kecil mendapat pasaran bagi hasil keluaran mereka;
- Menjalin pasaran antara penternak dan usahawan pemasar; dan
- Meningkatkan penerimaan pengguna terhadap ikan air tawar yang mana bekalannya mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan.
Sehingga kini, terdapat 44 buah CCDC yang beroperasi di seluruh Malaysia dengan kuantiti urus niaga sebanyak 1,176 tan metrik bernilai RM 14,199.567.89 pada tahun 2021.
CCDC Felda Sungai Nerek, Temerloh, Pahang
CCDC Kg. Tok Kuning, Mukim Kayang, Kuala Perlis, Perlis
CCDC PNK Batu Pahat
CCDC Kg. Mengabal Kapal, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu
- Butiran
- Capaian: 22
Pengenalan
Program QFISH adalah merupakan penjenamaan semula bagi Program Ikan Rakyat LKIM yang telah diperkenalkan pada tahun 2013. Penjenamaan ini bermula Mei 2016 dan telah dilancarkan pada 06 Disember 2016 oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong bersempena pelancaran Malaysia Seafood Exposition (MySE).
QFISH merupakan ikan segar yang dibekukan menggunakan teknologi Individual Quick Freezing (IQF). Sebanyak 8 spesis ikan kegemaran rakyat dipilih iaitu Ikan Kembung, Selar, Pelaling, Selayang, Cencaru, Tilapia, Keli dan Aya/Tongkol. Harga jualan maksimum RM10.00 sekilogram bagi membantu golongan berpendapatan rendah B40.
Program ini bertujuan untuk :
- Membantu menstabilkan bekalan dan harga ikan dalam mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup rakyat.
- Mengurangkan bebanan kos perbelanjaan harian pengguna dengan menawarkan ikan pilihan rakyat pada harga yang berpatutan.
- Mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan baharu untuk menceburi bidang perikanan dan meningkatkan pendapatan berasaskan volume jualan yang tinggi.
- Menyokong perniagaan pemasaran ikan sebagai teras ekonomi Persatuan Nelayan seterusnya menigkatkan tahap sosioekonomi masyarakat nelayan.
Senarai spesis QFISH
Senarai 130 Outlet QFISH
Senarai 130 Outlet QFISH (Klik Sini)
Gambar – Galakan Pasaran QFISH :
Pertandingan Masakan Ikan Segar Beku QFISH di Karnival Pertanian di Dataran Jabi, Besut, Terengganu Pada 28 Januari 2022
Promosi QFISH di KLCC Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
Promosi QFISH – Aktiviti Jualan Ikan Segar Beku QFISH
Outlet – Outlet QFISH