Institusi Nelayan
- Butiran
- Capaian: 27
Dalam usaha memperbaiki kedudukan sosioekonomi di kalangan masyarakat nelayan, perhatian perlu ditumpukan kepada keluarga nelayan yang terdiri daripada isteri nelayan dan juga anak-anak nelayan.
Isteri para nelayan dapat memainkan peranan penting untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjalankan aktiviti ekonomi menerusi Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA). Dengan adanya KUNITA, memudahkan pihak LKIM menyelaras atau menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasaran ini.
Kumpulan Wanita Nelayan merupakan satu pertubuhan tidak rasmi yang bergerak di bawah penyeliaan Persatuan Nelayan.
Objektif penubuhan Kunita:
- Mewujudkan keluarga yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang baik.
- Mewujudkan masyarakat nelayan yang bermoral dan beretika.
- Mengukuhkan kegiatan sosial dan ekonomi Persatuan Nelayan menerusi usaha galakan menabung, perniagaan dan pelaburan.
- Mengenalpasti dan mengusahakan potensi tenaga wanita untuk menambah pendapatan keluarga.
- Melahirkan pemimpin wanita dan beliawanis di kalangan isteri dan anak-anak nelayan.
- Memberi peluang kepada wanita untuk bersuara dan berfikiran terbuka.
Syarat penubuhan Kunita
- Kumpulan ini boleh ditubuhkan dengan minimum 10 orang ahli.
- Melantik Ketua Kumpulan, Penolong Ketua, Setiausaha dan AJK seramai 6 hingga 8 orang.
- Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun dan minit mesyuarat disediakan.
Syarat keahlian :
- Isteri nelayan yang mana suaminya adalah ahli Persatuan Nelayan
- Anak atau adik perempuan nelayan yang berumur 18 tahun ke atas
- Ibu tunggal yang kematian suami yang bekerja sebagai nelayan
Bilangan ahli KUNITA mengikut negeri :
| Bil. | Negeri | Bilangan KUNITA | Keahlian |
| 1. | Perlis | 1 | 150 |
| 2. | Kedah | 4 | 184 |
| 3. | Pulau Pinang | 6 | 490 |
| 4. | Perak | 2 | 39 |
| 5. | Selangor | 2 | 207 |
| 6. | Negeri Sembilan | 2 | 44 |
| 7. | Melaka | 1 | 24 |
| 8. | Johor | 9 | 298 |
| 9. | Pahang | 5 | 86 |
| 10. | Terengganu | 6 | 292 |
| 11. | Kelantan | 2 | 70 |
| 12. | Sarawak | 15 | 1,805 |
| 13. | Sabah | 9 | 486 |
| 14. | W.P Labuan | 2 | 45 |
| Jumlah | 66 | 4,220 | |
Standard Operating Procedure bagi permohonan bantuan kepada kumpulan ekonomi nelayan :
Kriteria bantuan naiktaraf premis perniagaan dan pembelian peralatan projek Kunita yang boleh dipertimbangkan ialah:
- Tapak premis adalah milik Persatuan Nelayan/ LKIM/ Kerajaan Negeri.
- Bagi premis yang disewa mestilah sewaan secara sah dengan baki sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh sewaan. Salinan dokumen penyewaan premis wajib disertakan bersama surat permohonan.
- Bagi pembekalan peralatan mestilah sesuai untuk kegunaan projek.
- Mempunyai potensi untuk berkembang tetapi mempunyai kekangan dari segi modal untuk pembangunan infrastruktur dan peralatan.
Kertas kerja cadangan menaiktaraf premis perniagaan Kunita hendaklah:
- Projek yang dirasakan berdaya maju dan mampu memberi peluang kepada Kunita.
- Melalui sokongan Pengarah LKIM Negeri.
- Impak Projek kepada ahli Kunita – bilangan penerima manfaat dan jumlah peningkatan pendapatan.
Aktiviti-aktiviti Kunita
Kunita PNK Bacok
Kunita PNK Bachok Kelantan menjalankan pemprosesan ikan talang masin
Kunita Sri Betong, Pulau Pinang.
Program Ceramah/ Motivasi
- Butiran
- Capaian: 27
KUBENA merupakan merupakan satu pertubuhan tidak rasmi yang bergerak di bawah penyeliaan Persatuan Nelayan.
Penubuhan Kubena adalah penting bagi memudahkan pihak LKIM menyelaraskan atau menyalur bantuan di samping memudahkan LKIM melaksanakan aktiviti dalam sub-program Pembangunan Keluarga Nelayan yang bertujuan membentuk Keluarga Bahagia.
Anak-anak nelayan dapat memainkan peranan penting untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjalankan aktiviti ekonomi menerusi Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA).
Objektif penubuhan KUBENA
- Melahirkan belia nelayan yang berpendidikan dan berkemahiran
- Melatih belia nelayan yang berdikari dan bekerja dalam berpasukan
- Melahirkan masyarakat belia nelayan yang bermoral dan beretika
- Melahirkan pemimpin belia yang merupakan aset penting bagi negara dalam pembangunan modal insan.
Syarat penubuhan
- Kumpulan ini boleh ditubuhkan dengan minimum 10 orang ahli.
- Melantik Ketua Kumpulan, Penolong Ketua, Setiausaha dan AJK seramai 6 hingga 8 orang.
- Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun dan minit mesyuarat disediakan.
Syarat Keahlian
- Ahli keluarga nelayan bagi sesuatu Persatuan Nelayan.
- Ahli PNK yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
- Anak-anak ahli Persatuan Nelayan yang berumur 15 hingga 40 tahun.
Bilangan ahli KUBENA mengikut negeri :
|
Bil. |
Negeri |
Bilangan KUNITA |
Keahlian |
|
1. |
Perlis |
1 |
15 |
|
2. |
Kedah |
3 |
146 |
|
3. |
Pulau Pinang |
1 |
50 |
|
4. |
Perak |
0 |
0 |
|
5. |
Selangor |
1 |
25 |
|
6. |
Negeri Sembilan |
2 |
27 |
|
7. |
Melaka |
2 |
20 |
|
8. |
Johor |
2 |
24 |
|
9. |
Pahang |
1 |
35 |
|
10. |
Terengganu |
1 |
7 |
|
11. |
Kelantan |
0 |
0 |
|
12. |
Sarawak |
2 |
85 |
|
13. |
Sabah |
2 |
170 |
|
14. |
W.P Labuan |
1 |
35 |
|
Jumlah |
19 |
639 |
|
Aktiviti-aktiviti KUBENA
KUBENA Batu Pahat
Aktiviti Membuat Dan Membaiki Boat Fiber
KUBENA Bagan Ajam.
Proses Membuat ikan pekasam dan Bengkel Latihan Membuat Ikan Masin
Camar Laut LKIM.
Kursus Penyelenggaraan Peralatan Enjin Boat Fiber Kepada Nelayan Ahli KUBENA di Pusat Latihan Camar Laut LKIM
- Butiran
- Capaian: 22
Kumpulan Keselamatan Nelayan (KESAN) yang berorientasikan konsep kesukarelawanan merupakan pasukan keselamatan bukan kerajaan yang cekap dan terlatih bertujuan untuk memberi bantuan dalam misi menyelamat serta operasi bencana atau kemalangan di laut membabitkan masyarakat nelayan.
Program ini diilhamkan oleh YB Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan mula dilaksanakan pada 15 September 2016 di Terengganu. Program ini telah dijenamakan semula sebagai Kumpulan Keselamatan Nelayan (KESAN) berikutan gabungan antara Sukarelawan Perikanan (SUPER) dan Kumpulan Keselamatan Nelayan (KUKENAL).
Bekerjasama dengan pasukan penyelamat seperti PDRM, BOMBA dan RELA serta membantu di dalam operasi pemindahan mangsa bencana ke pusat penempatan yang telah ditetapkan atau operasi search and rescue (SAR) bagi kemalangan di laut.
Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan dan mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran kepada peserta kursus dengan situasi bencana atau operasi SAR bagi kemalangan di laut selain untuk melahirkan anggota kumpulan yang berkemahiran dalam membantu masyarakat nelayan dan bekerjasama dalam usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sebagai saluran komunikasi kepada agensi penguatkuasa dan penyelamat.
Bilangan kursus yang diadakan dan peserta yang telah hadir mengikut negeri; :
Bil. | Negeri | Bilangan KUNITA | Keahlian |
1. | Perlis | 1 | 40 |
2. | Kedah | 3 | 94 |
3. | Pulau Pinang | 3 | 91 |
4. | Perak | 4 | 95 |
5. | Selangor | 3 | 86 |
6. | Negeri Sembilan | 1 | 22 |
7. | Melaka | 2 | 60 |
8. | Johor | 8 | 247 |
9. | Pahang | 3 | 122 |
10. | Terengganu | 4 | 122 |
11. | Kelantan | 3 | 111 |
12. | Sarawak | 9 | 328 |
13. | Sabah | 10 | 207 |
14. | W.P Labuan | 0 | 0 |
Jumlah | 54 | 1625 | |
Laporan Bergambar
Operasi Search dan Rescue (SAR) PNK Bachok, Kelantan bagi mencari nelayan hilang
Gambar sekitar Kursus Keselamatan Nelayan (KESAN) yang telah diadakan dengan penglibatan nelayan dan pasukan Bomba dan penyelamat.
- Butiran
- Capaian: 22
Pembangunan akuakultur dilaksanakan melalui program Peningkatan Keupayaan Akuakultur Komuniti Nelayan dengan penumpuan kepada penglibatan kumpulan sasar Persatuan Nelayan.
Objektif program adalah seperti berikut:
- Memfokuskan peningkatan pendapatan golongan sasar seperti Persatuan Nelayan, usahawan/penternak akuakultur.
- Meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan ikan dalam negara.
- Meningkatkan keupayaan akuakultur dalam membekalkan sumber protein kepada negara.
- Mengoptimumkan penggunaan tanah di LKIM dengan penglibatan Persatuan Nelayan dan ahlinya.
- Memfokuskan penggunaan teknologi baharu, IoT (Internet of Things) dan AI (Artificial Intelligence) dalam kaedah penternakan akuakultur moden.
LKIM menggalakkan penglibatan dan pelaburan pihak swasta dalam bidang akuakultur untuk mengoperasikan dan mengembangkan projek-projek akuakultur berimpak tinggi (High Impact Project, HIP) dalam Zon Industri Akuakultur (ZIA) di tanah milik LKIM.
Bilangan Persatuan Nelayan terlibat dengan projek akuakultur mengikut negeri:
Bil. | Negeri | Persatuan Nelayan |
1. | Johor | 3 |
2. | Kedah | 3 |
3. | Kelantan | 4 |
4. | Melaka | 2 |
5. | Negeri Sembilan | 2 |
6. | Pahang | 2 |
7. | Perak | 3 |
8. | Pulau Pinang | 4 |
9. | Sabah | 5 |
10. | Sarawak | 4 |
11. | Selangor | 1 |
12. | Terengganu | 4 |
13. | WP Labuan | 1 |
Jumlah | 38 | |
Ternakan Udang Dalam Kolam,Taman Akuakultur LKIM Badong, Pekan, Pahang melalui pelaburan dan penglibatan pihak swasta.
Projek Ternakan Udang Dalam Kolam Fasa 2 Telaga Air, Sarawak oleh PNK Satang Biru.
Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar PNK Teluk Bahang di Pantai Kamloon, Pulau Pinang.
Ternakan Ikan tilapia dalam sangkar di Pantai Kamloon, Pulau Pinang oleh PNK Teluk Bahang.
Pusat pembenihan Udang Kara di Port Dickson, Negeri Sembilan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson.
Projek Ternakan Ikan Dalam Kolam di Seri Menanti Negeri Sembilan Persatuan Nelayan Negeri Sembilan
- Butiran
- Capaian: 27
Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA)