Pembangunan Industri Asas Tani
- Butiran
- Capaian: 28
Pusat Pemperosesan Hasil Perikanan (PPHP) telah mula dibangunkan pada tahun 1990-an, yang mana berfungsi sebagai pusat mengumpul, memproses dan membungkus produk hasil laut, seperti keropok, keropok lekor, bebola ikan, budu dan lain-lain produk berasaskan hasil ikan. Sehingga kini terdapat sebanyak 33 buah PPHP serta 1 buah yang masih lagi dalam pembinaan berada dibawah penyeliaan LKIM.
PROFIL PPHP LKIM
34 Buah PPHP
- 25 buah dibangunkan sendiri oleh LKIM diatas tanah/bangunan milik LKIM
- 3 Buah dibangunkan melalui Kerjasama pihak ECERDC (Sebuah masih dalam pembinaan
- 6 buah milik PNK yang dibangunkan sendiri di atas tanah/ bangunan PNK dengan bantuan LKIM
Kedudukan PPHP
- 19 buah berada di dalam Kompleks LKIM
- 15 berada di luar Kompleks LKIM
Pengoperasian
- 24 buah PPHP aktif beroperasi
- 8 buah tidak aktif
- Sebuah dalam pembinaan (EMFPP) dan sebuah lagi dalam proses naiktaraf (PPHP Besut)
- 14 buah dioperasikan oleh usahawan dan 10 buah lagi PNK
Fasiliti dan Kemudahan
- Ruang Pemprosesan
- Mesin / Peralatan Pemprosesan
- Rumah haba / tempat jemuran
- Bilik sejuk
Untuk memastikan peningkatan pengeluaran PPHP dan juga sentiasa beroperasi dalam keadaan yang kondusif, beberapa program telah dilaksanakan seperti berikut:
Penyelenggaraan Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan
Untuk memastikan keadaan PPHP terus berada dalam keadaan baik dan dapat beroperasi dengan lancar, kerja-kerja naiktaraf telah dibuat secara berterusan. Penyelenggaraan berterusan yang dibuat secara tidak langsung telah membantu PPHP untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran serta membantu dalam proses persijilan seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan juga Sijil Halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jalinan Kerjasama Antara Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) dengan East Coast Economic Region Development Council (ECERDC)
Untuk meningkatkan lagi aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan produk hasil laut di PPHP, pihak LKIM juga telah menjalinkan kerjasama strategik bersama pihak East Coast Economic Region Development Council (ECERDC). Antara jalinan kerjasama yang sedang dijalankan adalah
- Projek Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu (KIFPP) di Kuantan, Pahang
- Projek Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Geting di Tumpat, Kelantan.
- Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Endau-Mersing (EMFPP) di Kompleks LKIM Endau, Johor.
Program Pembangunan Pusat Pemprosesan, Pembungkusan Dan Pemasaran (J3P) Dan Program Mekanisasi Dan Automasi
Program tersebut merupakan salah satu insentif daripada pihak kementerian untuk membantu PPHP mendapatkan pensijilan MeSTI dan juga HALAL. Disamping itu program ini juga adalah untuk meningkatkan pengeluaran dan lebih berdaya saing.
Aktiviti PPHP
PPHP Tanjung Dawai, Kedah- Pemprosesan keropok keping
PPHP Kemaman, Terengganu- Pemprosesan keropok lekor, satar, fisball
PPHP Pangkor, Perak- Pemprosesan sate ikan
Lawatan Perdana Menteri ke PPHP Pangkor
PPPHP / TAMAN PEMPROSESAN YANG DIBANGUNKAN MELALUI KERJASAMA BERSAMA ECERDC
Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Kuantan (KIFPP)
Projek Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Geting
Kerjasama Bersama ECERDC Bagi Pembangunan Taman Pemprosesan Endau Mersing (Dalam Pembinaan)
- Butiran
- Capaian: 22
Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk (FishPro)
Antara pusat pengumpulan dan pemasaran produk yang telah diwujudkan bermula tahun 2011 adalah Fishpro iaitu sebagai pusat pengumpulan dan pemasaran produk-produk keluaran nelayan. Sehingga kini terdapat 11 buah FishPro yang beroperasi di seluruh negara seperti berikut:
| BIL | NEGERI | LOKASI OUTLET |
| 1. | Negeri Sembilan | PNK Port Dickson |
| 2. | Johor | Azwad Trading, Mersing |
| 3. | Perak | PPHP Pulau Pangkor |
| Pekan Pangkor | ||
| 4. | Kedah | PNK Tanjung Dawai |
| 5. | Terengganu | Kompleks Sri Permin |
| 6. | Sarawak | Medan Niaga Satok |
| Tebingan Kuching |
- Butiran
- Capaian: 27
Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)
Program ini dipertimbangkan kepada usahawan industri makanan dan asas tani dalam Kategori Kecil yang memperoleh nilai jualan kasar tahunan RM300,000 hingga RM5 juta. Nilai jualan hendaklah dibuktikan dengan penyata akaun atau penyata kira-kira yang telah diaudit oleh auditor bebas. Program ini menyediakan bantuan di dalam bentuk geran pemadanan meliputi skop seperti
- Kajian pembangunan kualiti produk
- Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan
- Peningkatan kapasiti pengeluaran
- Penambahbaikan premis
Jadual Program Geran Pemadanan HIP
| Perkara | Keterangan | |||
| Skop | Kajian pembangunan kualiti produk | Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan | Peningkatan kapasiti pengeluaran | Penambahbaikan premis |
| Kadar | Geran pemadanan (Geran 50% : Usahawan 50%) | |||
| Nilai Geran | Maksimum RM200,000/permohonan | |||
- Butiran
- Capaian: 28
Geran Agropreneur Muda (GAM)
Geran Agropreneur Muda adalah bantuan 100% pembiayaan kerajaan yang disalurkan di dalam bentuk barangan (in-kind contribution).
Geran ini adalah khusus membantu dan menggalakkan golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun berpendapatan RM5,000.00 ke bawah menceburi bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri asas tani termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian dan agro pelancongan.
LKIM terlibat dalam menguruskan permohonan usahawan yang terlibat dalam sektor perikanan dan Industri Asas Tani berasaskan hasilan laut
INDUSTRI ASAS TANI | |||
BIL | PROJEK | SYARAT | JUMLAH |
1. | Produk IAT – Pembungkusan / Pelabelan – Mesin / Peralatan pemproses – Bahan Mentah (10%) – Peningkatan Insfrastruktur (50%) | Mempunyai pakej Produk yang bersesuaian | RM20,000.00 |
2. | Pemasaran – Produk – Set Kiosk – Peralatan / Mesin – Promosi (10%) | Mempunyai pakej Produk yang bersesuaian | RM20,000.00 |
3. | Karavan / Food Truck / Mobile Food Kiosk (MFK) – Kelengkapan & pengubahsuaian – 1unit MFK | 1. Mempunyai karavan 2. Mempunyai projek sedia ada 3. Mempunyai lesen JPJ dan berkaitan | RM20,000.00 |
PERIKANAN | |||
BIL | PROJEK | SYARAT | JUMLAH |
1. | Akuakultur Kolam – 20,000 benih ikan / udang – Kolam – Makanan – Infrastruktur | Mempunyai lesen dan Kawasan yang sesuai | RM20,000.00 |
2. | Akuakultur Sangkar – 5,000 benih ikan (mengikut spesis) – Sangkar / tangki – Makanan – Infrastruktur | Mempunyai pakej produk yang bersesuaian | RM20,000.00 |
3. | Penangkapan Ikan – Peralatan tangkapan – Enjin / Vessel – Agropelancongan | 1. Mempunyai lesen menangkap ikan 2. Mempunyai cadangan peralatan | RM20,000.00 |
Gambar-gambar pembekalan aset dan peralatan Geran Agropreneur Muda (GAM) kepada usahawan
- Butiran
- Capaian: 27
Program ini dipertimbangkan kepada usahawan industri makanan dan asas tani dalam Kategori Mikro yang memperoleh nilai jualan kasar tahunan di bawah RM300,000. Nilai jualan hendaklah dibuktikan dengan penyata akaun atau penyata kira-kira yang telah diaudit oleh auditor bebas. Usahawan dengan nilai jualan ≤ RM100,000 diberi kelonggaran untuk mengemukakan buku simpan kira dan / atau penyata akaun bagi tempoh 6 bulan tertakluk kepada pengesahan JKTGP.
Bantuan di dalam bentuk geran pemadanan ini meliputi skop seperti:
- Kajian pembangunan kualiti produk
- Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan
- Peningkatan kapasiti pengeluaran
- Penambahbaikan premis
- Perolehan papan tanda perniagaan
Jadual Program Geran Pemadanan CUP
Perkara | Keterangan | ||||
Skop | Kajian pembangunan kualiti produk | Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan | Peningkatan kapasiti pengeluaran | Penambahbaikan premis | Perolehan papan tanda perniagaan |
Kadar | Geran penuh 100% | Geran pemadanan (Geran 70% Usahawan 30%) | |||
Nilai Geran | Maksimum RM1,000/ permohonan | Maksimum RM60,000/permohonan (termasuk kajian pembangunan kualiti produk jika dipohon secara kombinasi) | |||
- Butiran
- Capaian: 30
Sehingga kini, seramai 999 orang usahawan pemeroses telah berdaftar di bawah program PUB LKIM meliputi dari Tahap 1 hingga Tahap 5 seperti jadual berikut:
| NEGERI | BILANGAN USAHAWAN | |||||
| TAHAP 1 | TAHAP 2 | TAHAP 3 | TAHAP 4 | TAHAP 5 | JUMLAH | |
| Perlis | 15 | 1 | 0 | 0 | 0 | 16 |
| Kedah | 28 | 19 | 12 | 5 | 2 | 66 |
| Pulau Pinang | 7 | 4 | 7 | 2 | 0 | 20 |
| Perak | 15 | 21 | 8 | 4 | 1 | 49 |
| Selangor | 26 | 13 | 17 | 8 | 7 | 71 |
| N.Sembilan | 5 | 1 | 3 | 0 | 0 | 9 |
| Melaka | 5 | 3 | 5 | 4 | 0 | 17 |
| Johor | 16 | 7 | 8 | 10 | 4 | 45 |
| Pahang | 24 | 25 | 22 | 2 | 1 | 74 |
| Terengganu | 38 | 42 | 27 | 17 | 7 | 131 |
| Kelantan | 33 | 28 | 17 | 12 | 4 | 94 |
| Sarawak | 201 | 107 | 13 | 5 | 0 | 326 |
| Sabah | 43 | 9 | 3 | 1 | 0 | 56 |
| Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 2 | 1 | 2 | 1 | 3 | 9 |
| Wilayah Persekutuan Labuan | 12 | 2 | 2 | 0 | 0 | 16 |
| Jumlah | 470 | 283 | 146 | 71 | 29 | 999 |
- Butiran
- Capaian: 27
Diwujudkan dengan matlamat untuk meningkatkan produktiviti tangkapan ikan dan perusahaan yang berkaitan melalui peningkatan teknologi dan kemahiran terutamanya di kawasan – kawasan pembangunan nelayan. Fokus utama yang sedang dilakukan adalah untuk memastikan sumber protein negara iaitu ikan dapat diperolehi secara mapan dan melibatkan golongan belia. Oleh yang demikian, pelbagai program sedang dilaksanakan seperti berikut;
Diantara program Pembangunan Perikanan Laut adalah seperti berikut :
Program Pemodenan Bot Nelayan
Program pemodenan laut dalam adalah salah satu usaha untuk membantu nelayan dalam meningkatkan infrastruktur bot dan peralatan terkini sektor penangkapan ikan. Penggunaan peralatan moden adalah digalakkan bagi mengurangkan kos operasi penangkapan ikan disamping memudahkan operasi nelayan ke laut dengan penggunaan peralatan moden dan efisyen.
Bantuan Peralatan Moden (Touch Point)
Program bantuan peralatan bertujuan untuk menggalakkan nelayan turun ke laut menggunakan bot yang lebih moden dan peralatan menangkap ikan yang lebih baik. Penggunaan peralatan moden dapat membantu mengurangkan kos operasi, masa dan meningkatkan hasil tangkapan. Ini secara tidak langsung menambah pendapatan nelayan secara amnya.
Diantara bantuan yang boleh diberikan kepada nelayan melalui program ini adalah seperti berikut:
- Menaiktaraf bot fibre glass
- Menaiktaraf enjin bot sediada
- Menaiktaraf peralatan menangkap ikan baru
Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI)
Pembangunan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) dengan teknologi terkini bagi capaian lokasi penangkapan ikan yang lebih efisyan. Sistem ini dapat meramal dan menentukan zon potensi tangkapan ikan dari masa ke semasa dengan menggunakan aplikasi dan peranti yang berkesan. Penggunaan sebaran menghantar maklumat melalui penggunaan telefon dapat menjimatkan masa dan penyampai yang lebih tepat serta terkini dapat di wujudkan. Program ini dibangunakan melalui jalinan kerjasama antara LKIM, NEKMAT, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
Kursus Modal Insan
Kursus Modal Insan bertujuan untuk melatih dan memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada nelayan dalam kemahiran pengendalian peralatan menangkap ikan. Melalui kursus yang dijalankan ianya dapat membantu nelayan mengendali peralatan dengan betul serta mempunyai kemahiran dalam membaikpulih peralatan sekiranya berlaku kerosakan kepada peralatan.
Antara kursus kemahiran teknologi peralatan perikanan yang diberikan kepada nelayan adalah merangkumi aspek :
- Penyelenggaraan enjin bot
- Pengendalian tangkapan ikan yang baik
- Pembuatan bubu dan pelbagai peralatan yang berkesan untuk menangkap ikan.
- Pengenalan dan teknik-teknik penggunaan peralatan-peralatan moden menangkap ikan.
Kerjasama Strategik bagi Pembangunan Perikanan Laut
Dibawah Program Pembangunan Perikanan Laut juga pihak LKIM menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang merangkumi program seperti berikut:
- Projek Pembangunan Industri Perikanan Tuna
Projek ini adalah bertujuan membangunkan industri perikanan tuna melalui peningkatan kemudahan pelabuhan dan pembangunan industri hiliran berasaskan tuna. - Projek Pembangunan Unjam
Projek Pembangunan Unjam adalah sebagai langkah jangka pendek yang berkesan bagi memelihara habitat sumber marin di samping membantu dan memudahkan aktiviti pencarian dan penangkapan ikan oleh nelayan tempatan.