Bantuan Kepada Masyarakat Nelayan
- Butiran
- Capaian: 29
Bantuan Sara Hidup Nelayan ialah bantuan secara bulanan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen. Program ini adalah antara usaha kerajaan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.
Nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran adalah terdiri daripada tiga (3) kategori seperti berikut:
a.Pemilik vesel perikanan zon A;
b.Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat; dan
c.Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia.
Syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Sara Hidup Bulanan adalah seperti berikut:
a.Memiliki MyKad (Biru);
b.Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan;
c.Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa;
d.Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia; atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah;
e.Status pengambilan minyak yang aktif;
f.Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat;
- Butiran
- Capaian: 27
Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan
Pengurusan Skim Subsidi Diesel Dan Petrol Nelayan
Skim ini mula dilaksanakan pada tahun 2006 bagi membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan yang ditanggung oleh nelayan kesan kenaikan harga minyak di pasaran. Pada 2021 sebanyak 51,926 pemilik vesel telah menerima subsidi minyak diesel dan petrol. Jumlah penyaluran diesel dan petrol bersubsidi pada 2021 bagi zon tangkapan A, B dan C berjumlah 637,843,954 liter manakala bagi zon tangkapan C2 telah dimansuhkan pemberian diesel bersubsidi.
Bilangan penerima penerima minyak diesel dan petrol bersubsidi mengikut negeri pada 2021 adalah seperti berikut:
Bilangan Penerima Minyak Bersubsidi Petrol dan Diesel Mengikut Negeri Tahun 2021
Bil. | Negeri | Petrol | Diesel |
1. | Perlis | 620 | 616 |
2. | Kedah | 3,152 | 1,121 |
3. | Pulau Pinang | 2,800 | 410 |
4. | Perak | 3,336 | 3,823 |
5. | Selangor | 3,306 | 1,535 |
6. | Negeri Sembilan | 326 | 24 |
7. | Melaka | 731 | 81 |
8. | Johor | 2,506 | 571 |
9. | Pahang | 645 | 847 |
10. | Terengganu | 1,672 | 1,008 |
11. | Kelantan | 1,164 | 1,477 |
12. | Sarawak | 5,879 | 2,645 |
13. | Sabah | 6,323 | 1,703 |
14. | Wilayah Persekutuan Labuan | 251 | 65 |
Jumlah | 32,711 | 15,926 | |
Bagi melaksanakan penyaluran diesel bersubsidi kepada nelayan, tiga (3) pemborong telah dilantik iaitu Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Semenanjung, Ko-Nelayan di Sabah dan Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (PENESA) di Sarawak.
Pusat Jualan Diesel dan Petrol Bersubsidi Mengikut Negeri
Bil. | Negeri | Bil. Pusat Jualan Diesel | Bilangan Stesen Petrol | Jumlah Keseluruhan |
1. | Perlis | 2 | 4 | 6 |
2. | Kedah | 6 | 16 | 22 |
3. | Pulau Pinang | 3 | 15 | 18 |
4. | Perak | 48 | 27 | 75 |
5. | Selangor | 11 | 34 | 45 |
6. | Melaka | 2 | 9 | 11 |
7. | Negeri Sembilan | 1 | 5 | 6 |
8. | Johor | 20 | 26 | 46 |
9. | Pahang | 8 | 14 | 22 |
10. | Terengganu | 9 | 25 | 34 |
11. | Kelantan | 5 | 10 | 15 |
12. | Sarawak | 17 | 28 | 45 |
13. | Sabah | 20 | 38 | 58 |
14. | WP Labuan | 1 | 2 | 3 |
Jumlah Keseluruhan | 155 | 253 | 408 | |
- Butiran
- Capaian: 23
Skim Perlindungan Keselamatan Nelayan
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mula dilaksanakan pada Ogos 2020 bagi menggantikan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok Nelayan. SKSPS ini memberi perlindungan kepada orang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.
Antara faedah-faedah di bawah SKSPS ialah Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat, Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Faedah Pendidikan. Manakala jenis perlindungan dan kadar pampasan Skim Insurans Nelayan Berkelompok.
Majlis penyerahan mock cheque kepada waris nelayan mangsa lemas di Penempatan Semula Nelayan (PSN) Tanjung Dawai, Kedah pada 28 September 2020
Program Janji Selamat Kekal Selamat kerjasama LKIM dan PERKESO bertempat di Kompleks LKIM Kedah pada 27 Disember 2021
Ziarah prihatin dan penyampaian faedah PERKESO kepada balu nelayan PNK Dungun yang meninggal akibat tragedi bot karam di muara Kuala Dungun pada 28 September 2021
- Butiran
- Capaian: 22
Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan bertujuan untuk memberi bantuan dan sumbangan segera dalam bentuk kewangan kepada nelayan yang ditimpa kemalangan, kemusnahan atau kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa bagi meringankan beban mangsa dan keluarga.
Penyaluran Skim Bantuan Bencana Alam Dari Tahun 2016 Hingga 2021
Tahun | Bilangan Penerima Bantuan | Nilai (RM) |
2021 | 1,100 | 1,169,950.00 |
2020 | 1,049 | 1,349,628.00 |
2019 | 930 | 1,472,790.00 |
2018 | 1,434 | 2,127,361.00 |
2017 | 831 | 2,011,863.20 |
Program ziarah nelayan PNK Semerak yang ditimpa bencana kebakaran rumah di Kg Ketereh Tunggal info https://guiaspesca.conapesca.gob.mx/
Penyampaian sumbangan Bantuan Skim Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan bertempat di Sungai Tinggi, Perak
Ziarah prihatin dan penyampaian faedah PERKESO kepada balu nelayan PNK Dungun yang meninggal akibat tragedi bot karam di muara Kuala Dungun pada 28 September 2021
- Butiran
- Capaian: 23
Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) merupakan bantuan yang diberikan kepada nelayan yang berpendapatan rendah untuk membaikpulih rumah dan membina rumah baharu. Projek ini juga akan membangunkan penempatan semula nelayan untuk memberi kesejahteraan kepada keluarga nelayan agar dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa.
Tiga (3) komponen utama Projek Khas Perumahan Nelayan adalah seperti berikut:
- Baik Pulih Rumah Nelayan
- Bina Bharu Rumah Nelayan
- Penempatan Semula Rumah Nelayan
Baik Pulih Rumah Nelayan
Bermula tahun 2020, pelaksanaan baikpulih kepada golongan nelayan adalah secara gotong-royong melibatkan golongan sasar dan secara lantikan kontraktor. LKIM lebih menggalakkan pelaksanaan secara gotong-royong agar dapat memupuk nilai kesepakatan dan semangat kerjasama dalam melaksanakan baikpulih dan bina baharu rumah nelayan. Dalam usaha memastikan kejayaan pelaksanaan program ini, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang berkaitan telah dilantik sebagai Peneraju Projek berdasarkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Kos maksimum untuk program ini adalah seperti berikut:
Kos Maksimum Untuk Program Baik Pulih Rumah Nelayan
| Lokasi | Kadar Maksimum (RM/Sebuah) |
| Semenanjung Malaysia | 13,000 |
| Sabah/Sarawak/Labuan | 15,000 |
Bina Baharu Rumah Nelayan
Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan untuk membina rumah nelayan dengan kos maksimum seperti berikut:
| Lokasi | Kadar Maksimum (RM/sebuah) |
| Semenanjung Malaysia | 56,000 |
| Sabah/Sarawak/Labuan | 68,000 |
Tambahan maksimum 10 peratus daripada kos sebenar boleh dipertimbangkan bagi kawasan pulau dan pedalaman yang tiada kemudahan pengangkutan sempurna.
Penempatan Semula Nelayan (PSN)
Pelaksanaan Penempatan Semula Nelayan (PSN) merupakan usaha di antara Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani/Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan Kerajaan Negeri bertujuan membangunkan penempatan semula nelayan dengan prasarana asas yang selesa.
Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan untuk membina rumah di setiap lokasi dengan kos maksimum RM70,000 sebuah bagi Semenanjung dan RM90,000 sebuah bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Peruntukan RM1 juta juga disalurkan bagi membangunkan prasarana asas seperti dewan serbaguna, surau, gelanggang futsal, taman permainan, tadika, kedai dan lain-lain yang bersesuaian di setiap lokasi PSN.
Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Penempatan Semula Nelayan (PSN), Benting Lintang, Besut
Program Baik Pulih Rumah Nelayan oleh Pengarah PMN di Sik Kedah
Penyerahan Rumah Bina Baru kepada nelayan di Kampung Kelulut
- Butiran
- Capaian: 23
Penubuhan Dana Nelayan LKIM bertujuan untuk menyediakan pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baru atau meningkatkan keupayaan bot yang sedia ada, pinjaman modal operasi dan pinjaman segera/kecemasan untuk nelayan dan modal pusingan projek pemasaran ikan bagi PNK.
SKIM PINJAMAN
Sebanyak empat (4) skim pinjaman telah diperkenalkan bagi memenuhi keperluan kredit golongan sasar seperti berikut :
i)Skim Pinjaman Institusi Nelayan (SPIN)
ii)Skim Pinjaman Nelayan Komersial (SNEK)
iii)Skim Pinjaman Nelayan Enjin Dalam (SNED)
iv)Skim Pinjaman Nelayan Pantai (SNEP)
i) SKIM PINJAMAN INSTITUSI NELAYAN (SPIN)
a)Pengenalan:
i)Skim ini adalah bertujuan memberi pinjaman kepada Persatuan Nelayan bagi membiayai projek yang berkait rapat dengan aktiviti perikanan, ternakair dan pemerosesan.
b)Skop Pinjaman:
i)Skop pinjaman meliputi aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran termasuk bahan input atau kegunaan produk yang berkaitan dengan perikanan.
ii) SKIM PINJAMAN NELAYAN KOMERSIAL (SNEK)
a)Pengenalan
i)Skim ini adalah bertujuan memberi pinjaman kepada ahli PNK bagi sektor perikanan (selain aktiviti tangkapan), pertanian, pemprosesan, khidmat sokongan pemasaran, pembuatan dan perkhidmatan.
b)Skop Pinjaman:
i)Skop pinjaman meliputi aktiviti ekonomi yang diusahakan oleh ahli PNK merangkumi sektor perikanan (selain aktiviti tangkapan), pertanian, pemprosesan, khidmat sokongan pemasaran, pembuatan dan perkhidmatan.
iii) SKIM PINJAMAN NELAYAN ENJIN DALAM (SNED)
a)Pengenalan:
i)Skim ini adalah bertujuan memberi pinjaman kepada nelayan bagi membiayai aktiviti sektor perikanan untuk bot-bot enjin dalam mengikut zon A, B, C dan C2.
ii)Bot Zon B termasuk bot selain pukat tunda.
b)Skop Pinjaman:
i)Skop pinjaman meliputi pembiayaan pembelian bot baru yang lebih besar dengan peralatan dan kelengkapan yang lebih canggih;
ii)Peningkatan modal input operasi/ membeli / mengganti / baik pulih kulit bot, enjin, pukat dan peralatan.
iv) SKIM PINJAMAN NELAYAN PANTAI (SNEP)
a)Pengenalan:
i)Skim ini adalah bertujuan memberi pinjaman kepada nelayan pantai yang menggunakan sampan berenjin sangkut bagi membiayai aktiviti sektor perikanan dalam meningkatkan keupayaan bot-bot, peralatan dan kelengkapan tradisi sedia ada ke arah penggunaan teknologi yang lebih berinovasi.
b)Skop Pinjaman:
i)Skop pinjaman meliputi pembiayaan peningkatan modal input operasi; membeli / mengganti / baik pulih kulit bot, enjin, pukat dan peralatan.