- Ikan yang dijual adalah ikan segar dan diperolehi terus daripada nelayan
- Semua produk jualan disyaratkan BERSIH, SEGAR, BERKUALITI DAN HARGA BERPATUTAN.
- Hampir keseluruhan yang berniaga terdiri daripada nelayan dan keluarga nelayan.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Pejabat Kompleks LKIM atau pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) berhampiran dengan operasi Pasar Nelayan tersebut untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut. Maklumat juga boleh diperolehi daripada pejabat LKIM Negeri.
Nelayan dan keluarga Nelayan. Bagaimanapun bagi kategori produk jualan luar sektor perikanan seperti sayuran, daging dan lain-lain, pertimbangan boleh diberikan kepada mereka yang berminat.
Permulaan berniaga tidak dikenakan bayaran.Bagaimanapun pada masa akan datang sedikit caj akan dikenakan bagi menampung pembayaran kerja-kerja pembersihan tapak, bekalan air dan yang berkaitan.
Hampir kesemua peralatan jualan disediakan oleh LKIM. Ia bagi mengurangkan bebanan peserta di dalam penyediaan peralatan jualan yang menekankan konsep keseragaman, kebersihan dan menerapkan ciri-ciri ‘Amalan Pemasaran Yang Baik’ (GMP)Soalan-soalan lazim yang biasa diajukan oleh pengguna.
Untuk soalan yang tidak dinyatakan disini, anda boleh menghantar sebarang pertanyaan ke