MISI
Membuat perancangan yang efektif, berkesan dan memberi impak kepada kumpulan sasar
OBJEKTIF
- Melaksanakan perancangan korporat dalam LKIM melalui penyelenggaraan dasar, matlamat, strategi setiap program dan projek ke atas semua projek di setiap peringkat.
- Mewujudkan dan mengendalikan sistem maklumat pengurusan yang berkesan dan kemaskini.
SEKSYEN PERANCANGAN STRATEGIK & ANTARABANGSA (PSA)
- Pembentukan dan penggubalan dasar, perancangan strategik dan halatuju semasa / baru peringkat LKIM, Kementerian, Kerajaan dan Antarabangsa selaras dengan Akta LKIM dan dasar-dasar negara.
- Program rundingan dan kerjasama serta hal ehwal hubungan antarabangsa dan ekonomi serantau.
- Program kerjasama strategik antara LKIM dengan Kementerian, Jabatan / Agensi.
- Penganjuran forum, seminar, bengkel, sesi dialog, libat urus di peringkat antarabangsa dan peringkat domestik.
- Pampasan pembangunan pesisir pantai nelayan.
- Pengurusan potensi, peluang dan ruang pelaburan serta kolaborasi dengan pihak luar berkaitan komersial dan penswastaan.
- Pengurusan Anak Syarikat LKIM dan bertindak sebagai Corporate Representative.
SEKSYEN PEMBANGUNAN (PEM)
- Mengurus dan mengawalselia peruntukan pembangunan (KWP), APDS dan peruntukan-peruntukan khas tahunan.
- Mengurus penyediaan Belanjawan Pembangunan Tahunan dan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) LKIM dan pelaksanaan projek.
- Mengesan dan memantau perlaksanaan projek-projek pembangunan LKIM dan mengemaskini maklumat di dalam:
– Sistem MyProjek;
– Sistem Pemantauan dan Penilaian Projek (SPPII);
– Sistem i-Pantau; dan
– MyResult (KPI-OBB) - Menetapkan dan memantau KPI LKIM bagi perlaksanaan projek-projek pembangunan selaras dengan KPI Kementerian.
- Memantau perlaksanaan projek-projek pembangunan LKIM bagi memastikan ianya dilaksanakan mengikut jadual dan skop sepertimana dirancangkan serta mencapai objektif dan outcome projek.
- Menyelaras pelaksanaan program khas antaranya Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA)
SEKSYEN HAL EHWAL KORPORAT (HEK)
- Merancang, menyelaras serta mengurus mesyuarat utama LKIM:
– Mesyuarat Jemaah Lembaga LKIM;
– Mesyuarat Pengarah-Pengarah LKIM;
– Mesyuarat Pengurusan Mingguan LKIM; dan
– Mesyuarat Bersama YB Pengerusi LKIM.
- Merancang dan mengurus hal ehwal dan keperluan Jemaah Lembaga LKIM (perlantikan, bajet, kemudahan).
- Urusetia Parlimen. Menyelaras jawapan / maklumbalas pertanyaan sidang Dewan Rakyat, Dewan Negara, Sesi Kamar Khas dan Sesi Masa Pertanyaan Menteri.
- Mengurus permohonan peruntukan Kumpulan Wang Mengurus Bahagian.
- Menyelaras dan juga melaksanakan urusan pelaporan dan maklum balas mesyuarat (Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian, Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian dan lain-lain mesyuarat berkaitan).
- Menyelaras keperluan maklumat Badan Berkanun (pengemaskinian dalam Statutory Body System (SySBS).
SEKSYEN PENGURUSAN INFORMASI STRATEGIK (PIS)
Merancang, merekabentuk, membangun dan menganalisa program pembangunan data perikanan.
- Menyelia pangkalan data (makro dan mikro) sektor perikanan, profil data dan pengeluaran Buku Statistik Tahunan LKIM.
- Menyelaras Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan LKIM.
- Membekalkan data dan maklumat perikanan kepada stakeholders dan industri berkaitan.
- Menyelaras pelaksanaan survey, census dan kajian-kajian LKIM dengan pihak luar seperti universiti dan kajian oleh Kementerian / Jabatan / Agensi lain.
- Pengurusan Portal Rasmi LKIM.
- Pengurusan Pusat Sumber LKIM.
Hubungi Kami:
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Aras 4, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor. |
No. Telefon: 03-80649027 |
No. Faks: 03-80603647 |
Email : |