Skip to main content

Announcement Archive

Bersempena dengan Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat LKIM 2022, Unit Integriti LKIM menganjurkan PERTANDINGAN VIDEO PENDEK bertemakan INTEGRITI yang dibuka pernyertaan kepada semua Warga LKIM.

Jom sama-sama serlahkan kreativiti anda dalam menyampaikan kesedaran dan pemahaman mengenai :

  • Nilai Integriti dan isu-isu semasa berkaitan integriti;
  • Kempen tangani dan tolak rasuah;
  • Mesej elak dan tangani salahlaku atau gangguan seksual di tempat kerja;
  • Budaya menjaga integriti dalam warga LKIM atau
  • lain-lain mesej berkaitan Integriti

Video terbaik dipilih berdasarkan kriteria berikut :

  • Menepati tema.
  • Penyampaian isi kandungan /plot menepati terma dan syarat pertandingan.
  • Kreativiti/inovasi/teknik penyampaian.
  • Sinematografi terbaik.
  • Penyampaian mesej yang berkesan.